mywishhhh

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, January 28, 2013

Kampung Girl

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian". selalu dengar, selalu sebut.. malangnya tidak selalu buat..tidak menggunakan masa untuk beriman padaNya dan melakukan perkara yang mendapat faedah dan manfaat. terkadang diri ini juga selalu alpa. Alhamdulillah, baru nie terjumpa novel yang bertajuk Kampung Girl. Dah agak cerita cinta, tapi cuba jugak membaca sebab nak memahirkan diri dengan bahasa-bahasa melayu..cewahh. Yela, tatabahasa belum exseleng katenya..

Okay, kisahnya macam nie, Ainnur dan Asyraf merupakan sepupu dan dipaksa untuk berkahwin. Ainnur mencintai suaminya si Asyraf dengan sepenuh hati malangnya si ASyraf yang sombong tak dapat menerima perkahwinan tersebut.Padahal dalam hati suka sayang kasih dah! last2..awak awak awak semua google baca online tak payah kot..hee -.-

tapi, yang penting sekarang bukan kisah budak berdua tu, tapi dalam novel nie ada mengaitkan sedikit sebanyak dengan ayat-ayat cinta Allah..tu yang suka..

1)Surah AtTin:4, manusia diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan.Setiap satu ciptaan Allah mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak guna berbangga diri sedangkan kita semua pun tercipta daripada tanah dan akan kembali semula ke dalam tanah jua.wpun di dunia, ada yang berstatus tinggi dan ada yang berpangkat rendah. Tetapi beringatlah kita,di muka pengadilan nanti semuanya serupa sahaja.

2)percaturan illahi. tiada siapa pun yang mengetahui. Hati kita merasakan bahawa seseorang yang kita suka itu adalah yang terbaik buat kita, tetapi takdir Allah kadang-kala berlaku sebaliknya. Ketetapan Dia adalah utama.AlBaqarah:216, boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.dan(ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.

Bagus jugak penulis novel nie, setiap yang diciptaNya sama sahaja dan ada keistimewaannya tersendiri..saling melengkapi, kalau semua sama tak ke macam tak ada tujuan.. Allah menciptakan sesuatu ada sebeb..Allah Maha Mengetahui..Allahurabbi
Malahan, ayat 216 tu lagilah buat hati ini tersentuh.sangat..betul, terkadang kita suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..dan sebaliknya..macam cerita nie, benci isteri dia sesangat last2 hmmm isteri tu la insan yang paling dia sayang slps Allah dan Rasul..

maaf kalau ada salah dan silap mengenai coretan diatas.. semoga Allah redha =)

2 comments:

  1. wewit~ya ukhti, bolehkan ana melamarmu? heuww..hehe >.<

    ReplyDelete
  2. sang kancil: jangan2..hehe..ada yang menunggu sudaa..jeng3..

    ReplyDelete