mywishhhh

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, March 22, 2013

Cara Minum Mengikut Sunnah




Assalamualaikum wbt.. Menjadi seorang yang ISLAM merupakan nikmat yang paling membahagiakan..bersyukur padaNya..

sedikit ilmu yang boleh dijadikan amalan..

Cara minum air mengikut sunnah yang saya pelajari daripada guru saya Al Allamah Sheikh Ahmad Al Hajain adalah :

1. Meletakkan hujung cawan/gelas/botol air di betul-betul pinggir bibir di mana apabila dicurahkan air darinya akan terus masuk ke dalam rongga mulut. Jangan sampai mengulumnya hingga kelihatan gelojoh atau terlalu bawah hingga tertumpah air.
2. Teguk air sebanyak 3 kali secara sedikit demi sedikit dahulu sebelum meneguk hingga habis pada kali keempat.
3. Setiap tiga kali teguk hendaklah dimulai dengan Bismillah dan disertai dengan Alhamdulillah selepasnya. Begitu juga dengan tegukan ke empat dan selepasnya.

Selamat beramal =)

Ustaz Mohd Azrul Azuan via FB

Monday, March 4, 2013

Rezeki Allah


Al Zumar 39:52
-Allah menentukan kadar rezeki hambaNya
“Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki)? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
"Allah Beri Rezeki Melalui Kita Untuk Kita Kongsikan Dengan Orang Lain"
Bentuk rezeki:
Kekayaan
Makan dan minum
Kesihatan tubuh badan
Kejayaan dalam hidup Dll