mywishhhh

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Monday, June 23, 2014

Abang Ipar !

Assalamualaikum wbt

Long time no see and about a year jugak tak update blog. Any reasons? Hehe..
Alhamdulillah 2 weeks already and yes saya dah ada abang ipar! Alhamdulillah bertambah ahli keluarga. Majlis kenduri berlangsung on 7th june 2014 which is my ayahs birthday and my birthday too. Pihak lelaki pulak seminggu selepas tu, 14th june 2014. Haaa my abang ipar aka abang zalie asal Segamat, Johor.


Nie sebelum akad nikah. weols tak de adik beradik lelaki tadaa!!


Nie newlyweds dengan pak cik mak cik sebelah ayah..

Okay, say hai to may brother in law :)

Selamat Malam..

Friday, May 17, 2013

Jodoh Ku



Assalamualaikum..

Dear Future Husband , i be a good wife ever after NIKAH as long as you promise me one thing , help me and accompany me in getting to Jannah ..♥

Sincerely , ME :)

Kata-kata di atas saya terrjumpa di FB.. gambar tersebut juga Di copy untuk entry kali nie..

Sungguh,bila sebut pasal jodoh.. hati mula riang.. bagaikan ada kebahagiaan..
Tapi alpa, DIA sebenar-benar kekasih kita.. Alpa, Hati tak sepenuhnya padaNYA..

Allah.. permudahkan hidupku.. Jika di jodohku, satukanlah hatiku dengan hatinya, jika dia bukan milikku, semoga kami radha dengan ketentuanMu. Ameen =)

Friday, March 22, 2013

Cara Minum Mengikut Sunnah




Assalamualaikum wbt.. Menjadi seorang yang ISLAM merupakan nikmat yang paling membahagiakan..bersyukur padaNya..

sedikit ilmu yang boleh dijadikan amalan..

Cara minum air mengikut sunnah yang saya pelajari daripada guru saya Al Allamah Sheikh Ahmad Al Hajain adalah :

1. Meletakkan hujung cawan/gelas/botol air di betul-betul pinggir bibir di mana apabila dicurahkan air darinya akan terus masuk ke dalam rongga mulut. Jangan sampai mengulumnya hingga kelihatan gelojoh atau terlalu bawah hingga tertumpah air.
2. Teguk air sebanyak 3 kali secara sedikit demi sedikit dahulu sebelum meneguk hingga habis pada kali keempat.
3. Setiap tiga kali teguk hendaklah dimulai dengan Bismillah dan disertai dengan Alhamdulillah selepasnya. Begitu juga dengan tegukan ke empat dan selepasnya.

Selamat beramal =)

Ustaz Mohd Azrul Azuan via FB

Monday, March 4, 2013

Rezeki Allah


Al Zumar 39:52
-Allah menentukan kadar rezeki hambaNya
“Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki)? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
"Allah Beri Rezeki Melalui Kita Untuk Kita Kongsikan Dengan Orang Lain"
Bentuk rezeki:
Kekayaan
Makan dan minum
Kesihatan tubuh badan
Kejayaan dalam hidup Dll

Thursday, February 14, 2013

Cuti yang osem ^^v #2




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua readers yang disayangi. Hai im Afrina aka pina. Hee gambar atas tu pina. adik pina satu kampung dengan saya. Comel sangat geram sesangat bam bam sesesangat. Alhamdulillah selamat masuk UTM lagi sambung untuk sem4.InsyaAllah i have another 3sem excluding this sem and final sem is my practical session. Ya Allah kuatkan lah aku untuk terus berjuang.

Sambung semula cerita cuti sem yang lepas, selain duduk rumah bantu ma dan ayah ada jugak jalan-jalan dengan adik-adik. pusing-pusing Taman perumahan kat kampung.Kami memang suka habiskan minyak kereta*duit kakak*.Then sempatlah jumpa si pina nie.ish geramnya..

10feb2013: Walimah sepupu. Alhamdulillah, bila ada kenduri sebegini dapat kami berjumpa dengan sedara2 yang duduk luar Terengganu. At least dapat mengeratkan silaturahim di samping mengambil berkat orang kahwin kan..hehe..Nie gambar kahwinnya..



Pak cik dan mak cik dan sepupu..



yang nie adik farisya comel..



Selain pergi kenduri, sempat join majlis cukur jambul rumah sebelah..




Alhamdulillah Allah berikan peluang untuk menikmati cuti yang betul2 bermakna nie. Terkadang ada je insan yang tidak mempunyai peluang sebegini kerana sebab tertentu. Ada hikmah disebalik citra yang tercipta. Akan rindu keluarga tercinta lagi2 adik bongsu manja tu..



waktu nie dia siap2 nak ke sekolah..haish, sempat lagi suruh orang ambik gambar..

Dan semalam 14feb di UTM, sempat teroka Utm sepuas-puasnya...




Okay, semoga mendapat redha dariNya..apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. =)
















Friday, February 8, 2013

Cuti yang osem ^^v#1


Assalamulaikum wbt readers.. Alhamdulillah syukur padaNya, Allah Maha Esa. Alhamdulillah, almost 3weeks cuti dah digunakan. Haa, entry dulu-dulu ada cerita yang Visit Terengganu. Cuti, tak semestinya JJCM and ke hulu ke hilir..Cuti bukan setakat duduk rumah goyang kaki macam mak datin tu..Time cuti nie la saya guna masa sebaik yang mungkin untuk dekatkan diri saya dengan Allah, famili, kawan-kawan, makcik-makcik kat taman, pakcik-pakcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan semua yang disayangi.Yeay. Semua saya dah buat alhamdulillah.


1st pic tu my roomate dan atas nie kawan satu blok dekat UTM. Kami memang suka JJCM. Alhamdulillah semoga menguatkan lagi ukhuwah kami..Time dalam kereta kteorang tak cakap sangat. cuma tanya tu tanya ni sebab driver kita kena fokus mana nak lalu mana nak pusing. Fokus.Kalau tak semua macam nie =.='


then, jumpa dan kenal kawan baru. Nama dia faridatul. panggil kak bobo. Bagus dia nie sanggup datang dari setiu jumpa kami. waaa, baguskan. =) Sempat la jugak kongsi pelbagai cerita itu dan ini.OKAY, tu kisah JJCM kami.

Pagi-pagi saya kemas rumah siap-siap, pastu masak.Masak?Ya masak.saya memasak. Alhamdulillah ma saya pun macam seronok je saya nak masak dan macam masakan dah dibuat. Tapi tak ada lah terer lagi. And memang tiap2 hari saya kena memasak sebab ma kerja. Yang paling best dan romantik satu family akan makan masakan tu..Gembira kan. Yang paling paling best ada pujian tu haaa..*bangga*
Cuma satu masakan yang belum buat lagi dan memang teringin nak buat.Ayam masak merah.hee.Faveret semua rakyat kan. nak buat la jugak. Ada jugak ajak ma buat kek, buat tu buat nie sampai ma pon pening cakap tak payah susah2 la. beli je kat kedai. Tak nak, nak belajar buat jugak. adik bongsu:" dah boleh kawen anak ma sorang nie". Saya:"Ameenn" Hee =D


Selain JJCM, masak2, Alhamdulillah sempat ikut ma selama 3 minggu nie pergi kelas agama. Yang bestnya semua makcik2 dan pakcik kat taman dalam masjid tu. Saya seorang je budak yang tengah cuti.Hee.Mula2 macam tak nak jugak pergi sebab semuanya yang dah ada cucu, tapi saya anak pon xada lagi.Bila fikir baik2, ilmu Allah tu untuk semua orang tak kira tua atau muda. Surah Al-Alaq, Baca dan tulis adalah kunci ilmu pengetahuan. Alhamdulillah macam2 saya dapat.

Okay, Nie part 1 punya cerita. Nanti lain hari sambung lagi.Apa yang baik datang dariNya dan yang buruk datang dari saya yang tak sempurna.Assalamualaikum =)

Saturday, February 2, 2013

Allah Bersama

Assalamualaikum wbt dan selamat malam blog and readers..
alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Esa.. Alhamdulillah masih hidup untuk terus menjadi seorang mukmin dan mukminah yang diredhaiNya..yup, Alhamdulillah, still can share something yang sepatutnya untuk semua. InsyaAllah, semoga mendapat manfaat darinya.

Terkadang kita rasa STRESS kan? Kenapa? saya pon =.='
Mungkin sedikit ujian buat kita.Yes, that is ujian.Allah syang hambaNya dan semua hambaNya.Sedar lah. Lihat diri anda sekarang! Macam mana? STRESS sebbab apa? result rendah? putus cinta? tak dapat apa yang diimpi? so what? orang lain??

Kenapa mesti macam tu.maksud saya kenapa mesti macam tak puas hati dengan sesuatu dan lepas tu STRESS. yake? hee.. masalah HATI la tu..kan kan kan. Allah. Sebut Allah..tenang kan? Tapi, Terkadang kita alpa..Astaghfirullah..saya lettew.. ='( Mari kita banyakkan berzikir, berselawat, beribadah untuk dekatkan diri pada Allah. Sepatutnya hambaNya macam tu la..kan? Hamba. Kita hamba kepada Allah.so, jalankan tugas kita.. surah albaqarah:30 (kalau salah betulkan). Allah mahu jadikan manusia itu khalifah. Dah jelas. A reminder untuk diri ini.

ya, bila susah stress bagai, insyaAllah Allah bersama dan memang bersama kita. Berdoa padaNya.Dekatkan diri padaNya. Tapikan, bukan waktu susah je. Ya Allah, waktu senang lah kita patut dekatkan diri pada Allah swt. Ada jugak yang jenis bila stress susah nie dia makin jauh dari Allah apatah lagi waktu senang..tak nak cakap orang lain la, diri ni memang pernah jugak. Ya Allah ampunilah aku. Perlu kita sentiasa IngatNya. Bila kita jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah semua perkara akan berjalan dengan lancar. Dapat ujian pon kita still senyum sebab tahu Allah sayang kita walau apa jua sekalipun.


Make sure Allah selalu dekat di hati kita. Cinta padaNya. Cinta padaNya. Cinta padaNYa. Yes, Cinta padaNya.Allah. Semoga kalian dapat apa yang disampaikan. yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. semoga mendapat manfaat dan redha dariNya.insyaAllah. Al MUlk sebelum tidur jom. =)

selamat malam. =)