mywishhhh

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, May 17, 2013

Jodoh Ku



Assalamualaikum..

Dear Future Husband , i be a good wife ever after NIKAH as long as you promise me one thing , help me and accompany me in getting to Jannah ..♥

Sincerely , ME :)

Kata-kata di atas saya terrjumpa di FB.. gambar tersebut juga Di copy untuk entry kali nie..

Sungguh,bila sebut pasal jodoh.. hati mula riang.. bagaikan ada kebahagiaan..
Tapi alpa, DIA sebenar-benar kekasih kita.. Alpa, Hati tak sepenuhnya padaNYA..

Allah.. permudahkan hidupku.. Jika di jodohku, satukanlah hatiku dengan hatinya, jika dia bukan milikku, semoga kami radha dengan ketentuanMu. Ameen =)

Friday, March 22, 2013

Cara Minum Mengikut Sunnah




Assalamualaikum wbt.. Menjadi seorang yang ISLAM merupakan nikmat yang paling membahagiakan..bersyukur padaNya..

sedikit ilmu yang boleh dijadikan amalan..

Cara minum air mengikut sunnah yang saya pelajari daripada guru saya Al Allamah Sheikh Ahmad Al Hajain adalah :

1. Meletakkan hujung cawan/gelas/botol air di betul-betul pinggir bibir di mana apabila dicurahkan air darinya akan terus masuk ke dalam rongga mulut. Jangan sampai mengulumnya hingga kelihatan gelojoh atau terlalu bawah hingga tertumpah air.
2. Teguk air sebanyak 3 kali secara sedikit demi sedikit dahulu sebelum meneguk hingga habis pada kali keempat.
3. Setiap tiga kali teguk hendaklah dimulai dengan Bismillah dan disertai dengan Alhamdulillah selepasnya. Begitu juga dengan tegukan ke empat dan selepasnya.

Selamat beramal =)

Ustaz Mohd Azrul Azuan via FB

Monday, March 4, 2013

Rezeki Allah


Al Zumar 39:52
-Allah menentukan kadar rezeki hambaNya
“Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki)? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
"Allah Beri Rezeki Melalui Kita Untuk Kita Kongsikan Dengan Orang Lain"
Bentuk rezeki:
Kekayaan
Makan dan minum
Kesihatan tubuh badan
Kejayaan dalam hidup Dll

Thursday, February 14, 2013

Cuti yang osem ^^v #2




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua readers yang disayangi. Hai im Afrina aka pina. Hee gambar atas tu pina. adik pina satu kampung dengan saya. Comel sangat geram sesangat bam bam sesesangat. Alhamdulillah selamat masuk UTM lagi sambung untuk sem4.InsyaAllah i have another 3sem excluding this sem and final sem is my practical session. Ya Allah kuatkan lah aku untuk terus berjuang.

Sambung semula cerita cuti sem yang lepas, selain duduk rumah bantu ma dan ayah ada jugak jalan-jalan dengan adik-adik. pusing-pusing Taman perumahan kat kampung.Kami memang suka habiskan minyak kereta*duit kakak*.Then sempatlah jumpa si pina nie.ish geramnya..

10feb2013: Walimah sepupu. Alhamdulillah, bila ada kenduri sebegini dapat kami berjumpa dengan sedara2 yang duduk luar Terengganu. At least dapat mengeratkan silaturahim di samping mengambil berkat orang kahwin kan..hehe..Nie gambar kahwinnya..



Pak cik dan mak cik dan sepupu..



yang nie adik farisya comel..



Selain pergi kenduri, sempat join majlis cukur jambul rumah sebelah..




Alhamdulillah Allah berikan peluang untuk menikmati cuti yang betul2 bermakna nie. Terkadang ada je insan yang tidak mempunyai peluang sebegini kerana sebab tertentu. Ada hikmah disebalik citra yang tercipta. Akan rindu keluarga tercinta lagi2 adik bongsu manja tu..



waktu nie dia siap2 nak ke sekolah..haish, sempat lagi suruh orang ambik gambar..

Dan semalam 14feb di UTM, sempat teroka Utm sepuas-puasnya...




Okay, semoga mendapat redha dariNya..apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. =)
















Friday, February 8, 2013

Cuti yang osem ^^v#1


Assalamulaikum wbt readers.. Alhamdulillah syukur padaNya, Allah Maha Esa. Alhamdulillah, almost 3weeks cuti dah digunakan. Haa, entry dulu-dulu ada cerita yang Visit Terengganu. Cuti, tak semestinya JJCM and ke hulu ke hilir..Cuti bukan setakat duduk rumah goyang kaki macam mak datin tu..Time cuti nie la saya guna masa sebaik yang mungkin untuk dekatkan diri saya dengan Allah, famili, kawan-kawan, makcik-makcik kat taman, pakcik-pakcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan semua yang disayangi.Yeay. Semua saya dah buat alhamdulillah.


1st pic tu my roomate dan atas nie kawan satu blok dekat UTM. Kami memang suka JJCM. Alhamdulillah semoga menguatkan lagi ukhuwah kami..Time dalam kereta kteorang tak cakap sangat. cuma tanya tu tanya ni sebab driver kita kena fokus mana nak lalu mana nak pusing. Fokus.Kalau tak semua macam nie =.='


then, jumpa dan kenal kawan baru. Nama dia faridatul. panggil kak bobo. Bagus dia nie sanggup datang dari setiu jumpa kami. waaa, baguskan. =) Sempat la jugak kongsi pelbagai cerita itu dan ini.OKAY, tu kisah JJCM kami.

Pagi-pagi saya kemas rumah siap-siap, pastu masak.Masak?Ya masak.saya memasak. Alhamdulillah ma saya pun macam seronok je saya nak masak dan macam masakan dah dibuat. Tapi tak ada lah terer lagi. And memang tiap2 hari saya kena memasak sebab ma kerja. Yang paling best dan romantik satu family akan makan masakan tu..Gembira kan. Yang paling paling best ada pujian tu haaa..*bangga*
Cuma satu masakan yang belum buat lagi dan memang teringin nak buat.Ayam masak merah.hee.Faveret semua rakyat kan. nak buat la jugak. Ada jugak ajak ma buat kek, buat tu buat nie sampai ma pon pening cakap tak payah susah2 la. beli je kat kedai. Tak nak, nak belajar buat jugak. adik bongsu:" dah boleh kawen anak ma sorang nie". Saya:"Ameenn" Hee =D


Selain JJCM, masak2, Alhamdulillah sempat ikut ma selama 3 minggu nie pergi kelas agama. Yang bestnya semua makcik2 dan pakcik kat taman dalam masjid tu. Saya seorang je budak yang tengah cuti.Hee.Mula2 macam tak nak jugak pergi sebab semuanya yang dah ada cucu, tapi saya anak pon xada lagi.Bila fikir baik2, ilmu Allah tu untuk semua orang tak kira tua atau muda. Surah Al-Alaq, Baca dan tulis adalah kunci ilmu pengetahuan. Alhamdulillah macam2 saya dapat.

Okay, Nie part 1 punya cerita. Nanti lain hari sambung lagi.Apa yang baik datang dariNya dan yang buruk datang dari saya yang tak sempurna.Assalamualaikum =)

Saturday, February 2, 2013

Allah Bersama

Assalamualaikum wbt dan selamat malam blog and readers..
alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Esa.. Alhamdulillah masih hidup untuk terus menjadi seorang mukmin dan mukminah yang diredhaiNya..yup, Alhamdulillah, still can share something yang sepatutnya untuk semua. InsyaAllah, semoga mendapat manfaat darinya.

Terkadang kita rasa STRESS kan? Kenapa? saya pon =.='
Mungkin sedikit ujian buat kita.Yes, that is ujian.Allah syang hambaNya dan semua hambaNya.Sedar lah. Lihat diri anda sekarang! Macam mana? STRESS sebbab apa? result rendah? putus cinta? tak dapat apa yang diimpi? so what? orang lain??

Kenapa mesti macam tu.maksud saya kenapa mesti macam tak puas hati dengan sesuatu dan lepas tu STRESS. yake? hee.. masalah HATI la tu..kan kan kan. Allah. Sebut Allah..tenang kan? Tapi, Terkadang kita alpa..Astaghfirullah..saya lettew.. ='( Mari kita banyakkan berzikir, berselawat, beribadah untuk dekatkan diri pada Allah. Sepatutnya hambaNya macam tu la..kan? Hamba. Kita hamba kepada Allah.so, jalankan tugas kita.. surah albaqarah:30 (kalau salah betulkan). Allah mahu jadikan manusia itu khalifah. Dah jelas. A reminder untuk diri ini.

ya, bila susah stress bagai, insyaAllah Allah bersama dan memang bersama kita. Berdoa padaNya.Dekatkan diri padaNya. Tapikan, bukan waktu susah je. Ya Allah, waktu senang lah kita patut dekatkan diri pada Allah swt. Ada jugak yang jenis bila stress susah nie dia makin jauh dari Allah apatah lagi waktu senang..tak nak cakap orang lain la, diri ni memang pernah jugak. Ya Allah ampunilah aku. Perlu kita sentiasa IngatNya. Bila kita jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah semua perkara akan berjalan dengan lancar. Dapat ujian pon kita still senyum sebab tahu Allah sayang kita walau apa jua sekalipun.


Make sure Allah selalu dekat di hati kita. Cinta padaNya. Cinta padaNya. Cinta padaNYa. Yes, Cinta padaNya.Allah. Semoga kalian dapat apa yang disampaikan. yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. semoga mendapat manfaat dan redha dariNya.insyaAllah. Al MUlk sebelum tidur jom. =)

selamat malam. =)

Thursday, January 31, 2013

Again untuk ukhuwah kami =)


second entry for today, semangat tengah ada nie..hupdate lagi laa..alhamdulillah semalam dapat keluar lagi dengar akhawat-akhawat area terengganu.Punya plan nak pergi ambik borang maidam then teman kan roomate cari kain.So, join laa..sesaje nak lepaskan rindu..Rindu!!haaa..hari-hari jumpa rindu lagi ke??

disebabkan terengganu tu banyak kereta(bandar kecik je) terpaksa simpan siap-siap kereta dekat dalam petak tempat khas untuk kereta..what!! tempat parking.. kami makan-makan tengahari dulu atas pasar payang, solat, carin kain dan semua tu la..makan cendol tepi jalan.lepas beli, beli lagi..ketawa pak cik jual cendol tu..Alhamdulillah rezeki pak cik..punya seronok, masuk kereta nampak surat saman.

apa saman??samang?? tu la seronok sangat..hehe.. alhamdulillah RM5 je kena..yang bestnya kami pergi la tempat kena bayar denda tu..#pasar payang tingkat atas sekali tingkat 9 dan cantik sesangat nampak pantai, laut, sungai dia gabung! subhanallah cantik serius tak tipu..datang sendiri tengok..

sekejap sangat masa berlalu..alhamdulillah perginya untuk menguatkan lagi ukhuwah kami berserta ujian dariNya.. Kesulitan bersama kemudahan kan? Alhamdulillah..

Maha Melihat


Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

*Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..alhamdulillah hari Allah masih lagi memberi peluang kepada diri ini untuk terus bernafas di muka bumi yang fana ini.. semalam pergi la search lagu di UTUBE, tetiba je teringin nak dengar lagu-lagu opick..h

haa..siapa opick?? Ayah awak ke?hee..opick penyanyi indon dimana lirik lagunya mempunyai sedikit sebanyak nasihat dan kata-kata yang indah.ya, datangnya dari Allah SWT. Allhurabbi.. seriously, kalau dengar lagu dia rasa sebak semacam je..rasa rindu sesangat..rasa senang je mengalirkan air mata mengingati Allah..Allah Allah Allah..apakah?? Lagi-lagi lagu maha melihat ni..Ya, Allah itu Maha Melihat..Allah tahu segalanya.. love Allah <3


lirik lagu diatas diambil dekat pak cik google.. sekian tq =D

Monday, January 28, 2013

Kampung Girl

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian". selalu dengar, selalu sebut.. malangnya tidak selalu buat..tidak menggunakan masa untuk beriman padaNya dan melakukan perkara yang mendapat faedah dan manfaat. terkadang diri ini juga selalu alpa. Alhamdulillah, baru nie terjumpa novel yang bertajuk Kampung Girl. Dah agak cerita cinta, tapi cuba jugak membaca sebab nak memahirkan diri dengan bahasa-bahasa melayu..cewahh. Yela, tatabahasa belum exseleng katenya..

Okay, kisahnya macam nie, Ainnur dan Asyraf merupakan sepupu dan dipaksa untuk berkahwin. Ainnur mencintai suaminya si Asyraf dengan sepenuh hati malangnya si ASyraf yang sombong tak dapat menerima perkahwinan tersebut.Padahal dalam hati suka sayang kasih dah! last2..awak awak awak semua google baca online tak payah kot..hee -.-

tapi, yang penting sekarang bukan kisah budak berdua tu, tapi dalam novel nie ada mengaitkan sedikit sebanyak dengan ayat-ayat cinta Allah..tu yang suka..

1)Surah AtTin:4, manusia diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan.Setiap satu ciptaan Allah mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak guna berbangga diri sedangkan kita semua pun tercipta daripada tanah dan akan kembali semula ke dalam tanah jua.wpun di dunia, ada yang berstatus tinggi dan ada yang berpangkat rendah. Tetapi beringatlah kita,di muka pengadilan nanti semuanya serupa sahaja.

2)percaturan illahi. tiada siapa pun yang mengetahui. Hati kita merasakan bahawa seseorang yang kita suka itu adalah yang terbaik buat kita, tetapi takdir Allah kadang-kala berlaku sebaliknya. Ketetapan Dia adalah utama.AlBaqarah:216, boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.dan(ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui.

Bagus jugak penulis novel nie, setiap yang diciptaNya sama sahaja dan ada keistimewaannya tersendiri..saling melengkapi, kalau semua sama tak ke macam tak ada tujuan.. Allah menciptakan sesuatu ada sebeb..Allah Maha Mengetahui..Allahurabbi
Malahan, ayat 216 tu lagilah buat hati ini tersentuh.sangat..betul, terkadang kita suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..dan sebaliknya..macam cerita nie, benci isteri dia sesangat last2 hmmm isteri tu la insan yang paling dia sayang slps Allah dan Rasul..

maaf kalau ada salah dan silap mengenai coretan diatas.. semoga Allah redha =)

Thursday, January 24, 2013

Aurat Wanita

Image dari pak cik google..hee assalamualaikum wbt.. gambar diatas menunjukkan cara berpakaian untuk kaum wanita islam..okeh, cepat belek AlQuran Surah AnNur:31 "Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita islam, atau buadak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.. Jelas dan sangat jelas ayat tersebut..kan? Aurat wanita hendaklah jangan menampakkan perhiasan yang tersembunyi seperti rambut,leher, kedua-dua lengan dan kedua-dua betis kecuali kepada suami atau mahramnya.. Bukan susah nak buat semua nie, tapi "ala apa kelas pakai macam nie, tertutup je..", "panaslah pakai macam nie","nanti-nanti la, muda lagi nie"..Macam-macam alasan.. tak pe awak awak awak semua, slow-slow dulu..pakailah pakaian yang sopan dan tak perlu kot nak ikut budaya Barat.. tahu, keinginan nak nampak cantik, nak pakai baju pon ala-ala artis..up-to-date kan?? hee.. kalau nak tahu lelaki suka tengok perempuan yang pakai baju kurung+tudung yang labuh bawah dada+last pakai stokin..cantik!! betul tak tipu.. ce tanya ce tanya mereka!! hee.. Semoga Allah permudahkan antunna semua.. Bila nak pakai sesuatu pakaian tu ingatlah Allah, Patuh padaNya.. =)

Wednesday, January 23, 2013

jangan buang masa!

tadaaa!!!! amboi..assalamualaikum wbt.. teehee rasa macam masa panjang sangat tanpa buat apa-apa yang berfaedah..so, another new entry for today..wanna share tentang masa.. serius awak awak awak, saya rasa cuti sem nie panjang sangat.. #tadi cakap la dekat kakak yang bosan tak tau nak buat apa, and then she gave me buku nie..alhamdulillah..sebelum aku bernikah oleh Hilal Asyraf dan panduan asas Fiqah Wanita penulisnya Ustazah Siti Nor Bahyah..hmm..kena luangkan masa untuk habiskan dua buku nie..insyaAllah.. haa..ce awak awak awak semua buka AlQuran Surah 103, Al-Asr (Masa)..surah nie menceritakan mengenai rugilah manusia yang tidak memanfaatkan waktunya untuk berbakti..sesungguhnya, Demi masa manusia dalam kerugian..kecuali, 1)Orang yang beriman 2)orang yang mengerjakan amal soleh 3)orang yang saling menasihati untuk kesabaran.. ... Jadi, awak awak awak , saya harap dapat lah kita sama2 memanfaatkan masa..InsyaAllah.. =D

Tuesday, January 22, 2013

ber'BGK' bersama mereka terchenta!

assalamualaikum wbt.. alhamdulillah masih bernafas diri ini.. tetiba dapat ilham nak cerita mengenai BGK kami. hurm.. apa itu BGK?? Bongek ke??hee.. BGK tu Bulatan Gembira Kami! so, ada apa dengan BGK..?? haa, nie yang cecite-cecite nie..
nie la ber 'BGK'..makan-makan.. =D
and terus makan..makan lagi!! =D
pandai makan, mesti kena pandai masak..=)
jalan-jalan bersama akhawat terchenta!! nikmati keindahan alam..
rehlah bersama-sama...
jaulah ke rumah akhawat..
paling penting, BGK tu kami duduk dalam kumpulan, buat bulatan..alhamdulillah menimba ilmu Allah dengan bertadabbur alQuran sesama kami..kongsi cerita, muhasabah diri... Alhamdulillah Allah temukan saya dengan BGK dan Mereka terchenta..Akhawat sekalian!! Semoga Allah redha..InsyaAllah sama-sama mengorak langkah dalam memperjuangkan ISLAM.. Panjang pulak.. Inilah BGK saya.. =D

Sunday, January 20, 2013

cuti-cuti Terengganu

assalamualaikum wbt.. alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi.. alhamdulillah jugak, end of semester3.. ada 5 sem lagi =.=' alhamdulillah, kawan2 dari negeri lain selamat bercuti di terengganu..#korang jelajah satu terengganu?! kemaman--->dungun--->marang--->kuala terengganu--->besut--->kelantan...
nie di muzium kula terengganu..muzium terbesar kan? boleh tengok the real punya batu Bersurat, pedang2 Rasulullah, Sahabat2 Nabi, pakaian2 zaman dulu-dulu, macam-macam sejarah laa..
crystal mosque: singgah solat disini..
penat berjalan, singgah makan di sekitar taman syahbandar.. alhamdulillah nikmati hidangan bersama ketenangan alam semula jadi..
masjid terapung, kuala ibai: cuaca mendung..
alhamdulillah, semoga Allah redha.. insyaAllah ada masa lapang, ketemu lagi ye!!

me, myself..

assalamualaikum wbt.. alhamdulillah masih diberi nikmat hidup olehNya... asalnya, blog ini wujud konon2nya nak belajar IT..kononnya ;) lepas es pi m (spm) tak nak buang masa, so luangkan masa belajar buat blog..sekejap je, seminggu..lepas tuuuu...tut tut tut.. #sambung matrik dua tahun berlalu, okeh! nie the latest entry.. diri nie sekadar ingin berkongsi citra muslimah.. =)

Saturday, January 19, 2013

Ayat-ayat cinta

-wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.. -Wahai Tuhan yang memegang hati ini, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu.. -"Untungnya menjadi orang mukmin, semakin musibah melanda semakin mustajab doanya...bukan perjuangan tanpa kesulitan..tetapi dalam kesulitan terselit ketenangan..semuanya menguji kekuatan jiwa insan, sesungguhnya kita tidak pernah sendirian kerana ada Ar-Rahman yang Maha Penyayang..Pesan pada diri kuatkan semangat, pesan pada hati, kukuhkan iman banyakkan zikrullah, pesan pada naluri jangan mengeluh dan kecewa kerana Allah sentiasa ada bersama kita..!" CnP..