mywishhhh

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Friday, February 8, 2013

Cuti yang osem ^^v#1


Assalamulaikum wbt readers.. Alhamdulillah syukur padaNya, Allah Maha Esa. Alhamdulillah, almost 3weeks cuti dah digunakan. Haa, entry dulu-dulu ada cerita yang Visit Terengganu. Cuti, tak semestinya JJCM and ke hulu ke hilir..Cuti bukan setakat duduk rumah goyang kaki macam mak datin tu..Time cuti nie la saya guna masa sebaik yang mungkin untuk dekatkan diri saya dengan Allah, famili, kawan-kawan, makcik-makcik kat taman, pakcik-pakcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan semua yang disayangi.Yeay. Semua saya dah buat alhamdulillah.


1st pic tu my roomate dan atas nie kawan satu blok dekat UTM. Kami memang suka JJCM. Alhamdulillah semoga menguatkan lagi ukhuwah kami..Time dalam kereta kteorang tak cakap sangat. cuma tanya tu tanya ni sebab driver kita kena fokus mana nak lalu mana nak pusing. Fokus.Kalau tak semua macam nie =.='


then, jumpa dan kenal kawan baru. Nama dia faridatul. panggil kak bobo. Bagus dia nie sanggup datang dari setiu jumpa kami. waaa, baguskan. =) Sempat la jugak kongsi pelbagai cerita itu dan ini.OKAY, tu kisah JJCM kami.

Pagi-pagi saya kemas rumah siap-siap, pastu masak.Masak?Ya masak.saya memasak. Alhamdulillah ma saya pun macam seronok je saya nak masak dan macam masakan dah dibuat. Tapi tak ada lah terer lagi. And memang tiap2 hari saya kena memasak sebab ma kerja. Yang paling best dan romantik satu family akan makan masakan tu..Gembira kan. Yang paling paling best ada pujian tu haaa..*bangga*
Cuma satu masakan yang belum buat lagi dan memang teringin nak buat.Ayam masak merah.hee.Faveret semua rakyat kan. nak buat la jugak. Ada jugak ajak ma buat kek, buat tu buat nie sampai ma pon pening cakap tak payah susah2 la. beli je kat kedai. Tak nak, nak belajar buat jugak. adik bongsu:" dah boleh kawen anak ma sorang nie". Saya:"Ameenn" Hee =D


Selain JJCM, masak2, Alhamdulillah sempat ikut ma selama 3 minggu nie pergi kelas agama. Yang bestnya semua makcik2 dan pakcik kat taman dalam masjid tu. Saya seorang je budak yang tengah cuti.Hee.Mula2 macam tak nak jugak pergi sebab semuanya yang dah ada cucu, tapi saya anak pon xada lagi.Bila fikir baik2, ilmu Allah tu untuk semua orang tak kira tua atau muda. Surah Al-Alaq, Baca dan tulis adalah kunci ilmu pengetahuan. Alhamdulillah macam2 saya dapat.

Okay, Nie part 1 punya cerita. Nanti lain hari sambung lagi.Apa yang baik datang dariNya dan yang buruk datang dari saya yang tak sempurna.Assalamualaikum =)

2 comments: